Lanjutan Pas Lawatan Ikhtisas!

3 Mac 2021 – Putrajaya

Hari ini, Malaysia Hindu Sangam menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Pas Lawatan Ikhtisas (Kategori Mubaligh Lain-Lain Agama) yang dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Visa, Pas & Permit di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya.

Tujuan mesyuarat ini adalah untuk membincangkan mengenai hala tuju permohonan Pas Lawatan Ikhtisas (PLIK) bagi mubaligh Islam dan lain-lain agama yang dikemukakan kepada Jabatan Imigresen Malaysia.

Malaysia Hindu Sangam (sebagai wakil agama Hindu), Young Buddhist Association of Malaysia (sebagai wakil agama Buddha), dan JAKIM (wakil agama Islam) telah membentangkan isu-isu yang dihadapi yang memerlukan perhatian pihak Imigresen.

Bagi perhatian kuil-kuil Hindu yang menghadapi masalah pembaharuan Pas Lawatan Ikhtisas, permohonan boleh dikemukakan sebelum 11 Mac 2021 untuk tindakan segera.

Pihak Jabatan Imigresen juga telah memaklumkan bahawa usaha untuk memproses permohonan Pas Lawatan Ikhtisas baru secara online akan dimulakan tidak lama lagi. Untuk perkembangan lanjut, sila layari laman web https://www.imi.gov.my/.

Kuil-kuil Hindu yang menghadapi masalah bolehlah berhubung dengan Malaysia Hindu Sangam.

WhatsApp Image 2021-03-03 at 2.34.15 PM

You may also like...