Taklimat MHS-TNB untuk Kuil-Kuil
MESYUARAT MHS BERSAMA TAKLIMAT OLEH TENAGA NASIONAL BERHAD BERHUBUNG TARIF ELEKTRIK UNTUK RUMAH IBADAT DI SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Pihak pengurusan kuil-kuil di Selangor dan Wilayah Persekutuan dijemput untuk menghadiri Taklimat oleh Tenaga Nasional Berhad berhubung tarif elektrik untuk rumah ibadat serta mesyuarat bersama Malaysia Hindu Sangam berhubung isu-isu semasa melibatkan kuil-kuil Hindu di Selangor dan Wilayah Persekutuan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 16 November 2019 bersamaan hari Sabtu
Masa : 9 pagi hingga 1 tengah hari
Tempat : Wisma MHS, No.67 Jalan PJS 1/48, Taman Petaling Utama 7, 46150
Petaling Jaya, Selangor.
Sila hubungi MHS untuk mendapatkan Borang Pengesahan Kehadiran dan dikembalikan kepada pihak Urusetia MHS sebelum atau pada 10 November 2019 melalui emel kepada admin@malaysiahindusangam.org.
Hanya 100 orang peserta yang mendaftar awal akan dibenarkan untuk menghadiri program ini.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung talian 03-7784 4668.