Mesyuarat RIBI Wilayah Persekutuan

20 Disember 2018 – Putrajaya

Ahli-ahli Majlis Tertinggi MHS, Encik Manickavasagam dan Puan Balamani, hari ini menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) Wilayah Persekutuan di Kementerian Wilayah Persekutuan, Putrajaya.

Mesyuarat pada hari ini dipengerusikan oleh Encik Abdullah bin Daud, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Dasar.

Antara lain, mesyuarat memutuskan bahawa dua buah kuil di kawasan projek Urban Rejuvenation, Sentul akan ditempatkan semula di tapak baru. Proses pemindahan ke tapak baru akan berlangsung dalam masa dua minggu.

Isu dua buah kuil lain, di Taman Usahawan, Kepong dan Setapak masih dalam proses perbincangan.

Encik Manickavasagam yang juga menjadi Pengerusi MHS Wilayah Persekutuan berkata, “Garis Panduan Kuil Hindu Kebangsaan (2017) MHS kini menjadi bahan rujukan utama untuk memutuskan isu-isu penempatan semula dan pembinaan kuil-kuil Hindu. Kami sedang mengambil langkah-langkah untuk mengedarkan Garis Panduan ini kepada semua jabatan-jabatan di Wilayah Persekutan Kuala Lumpur.”